Mumble Machine Assalamualaikum . Syahirah Husna . Storyteller . Student . Muslim . Blogger . Inspirit . Be nice here . I'll be nice to you . Thank you . Tagboard Bestie Timeline Daebak'ers Credits BS's: ARRIEN INSPIRIT Owner: SYEIRA HUSNA Editor: Nana
| FRIENDSHIP: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup~ ( Eh, tajuk sains ke?)
Sunday, September 15, 2013 • 9:13 PM • 0 comments Assalamualaikum, Sebenarnya syeira tak tahu nak post ape. Tetiba terfikir tajuk sains bab 4. Nak tulis la..Eh, I sniff something from the bloggies! Syeira bukan nak ajar bab tu. Tapi syeira nak kaitkan dengan..
FRIENDSHIP!
Semua orang mesti ada kawan kan? Kawan baik,kawan kelas, kawan sekolah lain, online friends, even penpal pun ade. Lagi orang yang peramah, mesti banyak buddies kan?
Tapi sebenarnya kan...
Apa tujuan kita berkawan ni kan?
Apa tujuan kita mengikat tali ukhuwah?
Semata-mata sebagai teman sebelah meja? Rakan tolong lepas dekat Dewan Makan? Friend yang selalu teman pergi tandas?
Hmmm..sesetengah mungkin fikir begitu Kalau kita tengok definisi kawan pun adalah seorang peneman. Tapi ape kata kita tambah definisi peneman tu.
Peneman kearah kebaikan yang insyaallah dijanjikan pahala.
Peneman study yang sedia berkongsi.
Peneman yang selalu menegur andai kita tersalah.
Sungguh seronok andai kita punya sahabat seperti pada zaman rasulullah.. Seperti Abu Bakar As- Siddiq yang sanggup menahan sakitnya dipatuk ular demi melindungi Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah, andai indahnya andai persahabatan itu sebegitu.
Alhamdulillah, Syeira dapat rasakan persahabatan sebegitu di sekolah Syeira. Kalau dulu, waktu sekolah rendah yang Syeira tahu kawan ngan org intellect je. Yang lain syeira malas nak layan. (Mintak maaf kawan, Sayang korang)<3
Sekarang Syeira sedar erti dan makna kawan yang tak kenal rupa atau sikap seseorang itu. Kita berkawan, bukan nak cari untung, tapi nak membawa mereka,sama-sama ke arah 'untung' itu.Andai rakan kita terpesong, bukan kita yang menjauhkan diri, tapi kita yang membimbing dia ke jalan yang sebenar.
Ingatkan konsep mutualisma dalam tajuk 4 Sains form 2?(Interaksi yang membawa keuntungan kepada dua-dua belah pihak) Ha! Macam itulah kita perlu berkawan. Jangan Komensalisma atau Parasitisma pulak! Itu tamak tu..Tak boleh3.
Jadi biar Syeira kongsi sikit cara nak 'bersandaran' dengan rakan kita. Macam mana ya?
Ya, dengan bersandaran dalam mencari ilmu.
Ada satu hadis yang mengatakan bahawa
" sedekah yang paling baik itu adalah apabila seoang muslim yang belajar, kemudian mengajarnya kepada orang lain!"
So, kalau belajar sains macam tajuk empat ni ke,apa kata kita share dekat kawan kita. Ajar dia kalau dia tak faham. Sama-sama jihad dalam medan pencarian ilmu. Insyaallah, akan terlahirlah Dai'e yang akan bangkitkan Islam suatu hari nanti. Insyaallah~
Akhir kata, buat bloggies di sana, hargailah rakan-rakan anda. Mungkin anda tak nampak kesannya sekarang,tapi insyaallah, ada pada masa hadapan. Buat rakan-rakan ana, post ini buat korang semua. Time kasih sebab sentiasa bersama Syeira selama ni. Mintak maaf andai kejahilan Syeira sentiasa lukakan hati korang. Sayang korang semua lillahitaala!
_UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Assalamualaikum.
|
Post a Comment