Mumble Machine Assalamualaikum . Syahirah Husna . Storyteller . Student . Muslim . Blogger . Inspirit . Be nice here . I'll be nice to you . Thank you . Tagboard Bestie Timeline Daebak'ers Credits BS's: ARRIEN INSPIRIT Owner: SYEIRA HUSNA Editor: Nana
| Dia petak, Dia biru, Aku nak Thanks kepada dia :)
Saturday, November 23, 2013 • 9:42 AM • 0 comments
Cerita ini
berbentuk autobiografi.
BUKAN nak
ingat sangat sebenarnya.
BUKAN untuk
dipuji pun sebenarnya.
TAPI
sekadar meluahkan rasa
(Tarik
nafas,lepas) HUH!
Yang tak
terlepas dari jiwa.
Dia sangat
berharga sebenarnya. Boleh aku katakana dialah jambatan.Yang membawa diri ini
ke alam lain(?).
Bukanlah lain sangat sebenarnya.
Dia jugalah
tali. Yang ingatkan aku untuk sentiasa mengikat sillaturrahim dengan
rakan-rakan lama pada musim rehat+bermalasan ini.
So lovely..
Macam mana
rupa dia?
Petak.Biru.
Gelap kalau malam.Terang kalau siang. Atasnya
ada empat butang bercahaya.Mungkin hasil bantuan saudaranya yang bernama LED
tu.
Satu butang
MERAH yang melambangkan KUASA dia.
Satu butang
berwarna KUNING, begitu juga HIJAU dan OREN.
Di atasnya
ada lambing syarikatnya. Syarikat
telekomunikasi yang terkenal satu dunia.
Ya.Dialah
Modem.
Cik Modem.
Mungkin aku
tak perlu nak terang panjang-panjang lagi. Siapa yang dapat baca cerita ini
pasti tahu siapa Cik Modem ini.
Seperti
yang kita tahu, ia memang berjasa.Membawa kita ke alam Internet yang sinonim
dengan nama jolokannya, ‘Dunia di hujung jari.’Kita boleh berkomunikasi,mencari
informasi, saling berdedikasi dan semua yang ’si’ lah! Andai jaringannya
terputus, maka matilah akses kita untuk ke alam itu.
Ya. Dan
itulah yang berlaku kepada aku sekarang.
Butang link
terkedip-kedip sayu
– tanda link (TIADA)
Jujur aku
katakan manuskrip awal post ini bukanlah
ditulis di ruangan write post seperti
yang selalu bloggers lakukan.Hakikatnya aku sekarang sedang menulis di dalam
PROGRAM NEW MICROSOFT WORD (3), disebabkan Cik Modem yang sedang merajuk ini.
Kenapa
perlu aku rajukkan sangat perkara ini sehingga perlu menyiapkan biografi Cik
Modem.
Tarikh; tak
ingat
Masa: Malam
Jari
Syahirah leka menaip di atas papan kekuncinya. Ya, dia sangat asyik untuk
menulis post kali ini.Alih-alih..
Butang LINK
terkedip-kedip sayu.
Diikuti
dengan butang-butang lain yang tiba-tiba berkedip tidak tentu arah.
ERROR
654: The modem…………………has reported an
error.
Ark!
Jadi setiap
kali peristiwa ini terjadi, Adik aku ibarat plumber yang tolong ketuk-ketuk,
tekan tutup suis, cabut wayar untuk hidupkan balik link.
Tapi
peristiwa ini tak berlaku sekali sahaja.
Okay,pendek
cerita. Berkali-kali.
Masa: Hari ini.
“Adik! Tolong akak dengan modem ni!”
“ Tak nak la, Running Man ni;”
Akhirnya
setelah banyak kali dipujuk, maka plumber a.k.a adik terhebat pun datanglah
mencemar duli memujuk Cik Modem ni.
”Adik,akak rasa modem ni, memang dah merajuk
ngan akak,Setiap kali akak main je mesti jadi macam ni,”
Adik aku
hanya. Diam.Tiada Bahasa.
Ya,
begitulah kisah Cik Modem ni, even pada saat ini, Cik Modem masih merajuk dan
terkedip-kedip tiada LINE.
Hmmm..Aku
perlu berusaha lagi.
Sebelum
itu, ‘Save As’
New
Microsoft Word Doc.
Cik
Modem.
Aku mengharapkan
aku dapat post manuskrip ini esok.
Dengan
LINE.
Written
at:1.20 A.M , 24/11/2013
Akhirnya 17 minit kemudian, Cik Modem dedah tak merajuk lagi. Post ni kemudian, published!
|
Post a Comment